Malaysia legislation
Section 17
of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012
Seksyen 17
(1)
Penyedia skim persaraan swasta hendaklah menyenggarakan suatu daftar anggota dan memasukkan ke dalam daftar—
(a)
nama, alamat dan nombor kad pengenalan anggota yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 [Akta 78];
(b)
bilangan unit yang dipegang oleh setiap anggota dalam setiap kumpulan wang;
(c)
tarikh nama setiap orang dimasukkan ke dalam daftar itu sebagai anggota;
(d)
tarikh pemberhentian mana-mana orang daripada menjadi anggota; dan
(e)
apa-apa maklumat lain yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.
(2)
Walau apapun apa-apa jua dalam subperaturan (1), penyedia skim persaraan swasta boleh menyimpan nama dan butiran yang berhubungan dengan orang yang berhenti menjadi anggota skim persaraan swasta dalam daftar yang berasingan
P.U. (A) 77 21
bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh anggota itu berhenti menjadi anggota.
(3)
Daftar anggota hendaklah disenggarakan oleh penyedia skim persaraan swasta di pejabat berdaftarnya atau alamat tempat urusan utamanya di Malaysia sebagaimana yang diberitahu kepada Suruhanjaya.
(4)
Daftar anggota hendaklah menjadi keterangan prima facie bagi apa-apa perkara yang dimasukkan ke dalamnya.
(5)
Seseorang anggota boleh meminta penyedia skim persaraan swasta, setelah membuat pembayaran suatu jumlah yang munasabah yang dikenakan oleh penyedia skim persaraan swasta itu, untuk memberi anggota itu satu cabutan daripada daftar setakat yang berhubungan dengan nama, alamat, bilangan unit yang dipegang olehnya dan amaun yang telah dibayar untuk unit berkenaan.
Penutupan daftar