Seksyen 20
of Peraturan-Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Industri Skim Persaraan Swasta) 2012
Seksyen 20
(1)
Penyedia skim persaraan swasta hendaklah memanggil suatu mesyuarat anggota skim persaraan swasta atau kumpulan wang, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika—
(a)
tidak kurang daripada lima puluh anggota atau satu persepuluh daripada semua anggota skim pesaraan swasta atau kumpulan wang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengarahkan penyedia skim persaraan swasta itu untuk berbuat demikian secara bertulis;
(b)
arahan bertulis diberikan kepada penyedia skim persaraan swasta di pejabat berdaftarnya; dan
(c)
maksud mesyuarat itu adalah—
(i)
untuk menimbangkan penyata kewangan yang terbaru;
(ii)
untuk memberikan kepada pemegang amanah skim apa-P.U. (A) 77 23
apa arahan yang difikirkan patut oleh mesyuarat; atau
(iii)
untuk menimbangkan apa-apa perkara lain berhubung dengan skim persaraan swasta atau kumpulan wang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau surat ikatan.
(2)
Mesyuarat yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah diadakan mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.