Malaysia legislation

Section 19

of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012

Seksyen 19

Kuasa mahkamah untuk membetulkan daftar

(1)

Mana-mana orang yang terkilan dengan kemasukan atau ketidakmasukan, atau cara kemasukan atau ketidakmasukan, mana-mana nama dalam daftar boleh memohon kepada mahkamah bagi membuat pembetulan kepada daftar itu.

(2)

Mahkamah boleh, atas suatu permohonan di bawah subperaturan (1), memutuskan—

(a)

apa-apa soalan yang berhubungan dengan hak mana-mana orang yang merupakan suatu pihak kepada permohonan untuk memasukkan namanya ke dalam atau mengeluarkan daripada daftar, sama ada persoalan itu timbul antara anggota atau anggota

P.U. (A) 77 22

yang dikatakan, di satu pihak dengan penyedia skim persaraan swasta di satu pihak yang lain; dan

(b)

secara amnya, apa-apa soalan yang perlu atau suai manfaat untuk diputuskan bagi membuat pembetulan kepada daftar itu.

(3)

Mahkamah boleh, atas suatu permohonan di bawah subperaturan (1)

memerintahkan pembetulan daftar dan pembayaran oleh penyedia skim persaraan swasta bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh mana-mana pihak dalam permohonan itu atau menolak permohonan itu.

Section 19 — PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012