Malaysia legislation
Section 22
of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012
Seksyen 22
(1)
Tanpa mengehadkan kuasa mahkamah untuk membuat perintah di bawah peraturan 23, mahkamah boleh membuat suatu perintah untuk diadakan suatu mesyuarat bagi semua atau mana-mana daripada anggota untuk memberikan arahan kepada pemegang amanah skim.
(2)
Suatu perintah yang dibuat di bawah subperaturan (1) boleh mengarahkan pemegang amanah skim itu untuk—
(a)
membentangkan kepada anggota apa-apa maklumat tentang kepentingan anggota;
(b)
membentangkan kepada anggota apa-apa cadangan untuk melindungi kepentingan anggota yang diarahkan oleh mahkamah atau yang dianggap sesuai oleh pemegang amanah skim; dan
(c)
mendapatkan arahan daripada anggota tentang perlindungan kepentingan anggota.
(3)
Mesyuarat hendaklah diadakan dan dijalankan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.
(4)
Seseorang pemegang amanah skim boleh melantik seseorang untuk mempengerusikan mesyuarat dan jika pemegang amanah tidak menjalankan kuasa ini, anggota yang hadir pada mesyuarat itu boleh melantik seseorang untuk mempengerusikan mesyuarat itu.