Malaysia legislation

Section 24

of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012

Seksyen 24

(1)

Seseorang pemegang amanah, wasi atau pentadbir harta pusaka mana-mana orang yang mati yang didaftarkan atau yang berhak secara benefisial untuk didaftarkan sebagai seorang anggota mana-mana skim persaraan swasta boleh didaftarkan sebagai anggota berkenaan dengan pemegangan orang yang mati sebagai pemegang amanah, wasi atau pentadbir harta pusaka itu dan adalah, berkenaan dengan pemegangan itu, berhak kepada hak yang sama dengan yang sepatutnya diterima oleh orang yang mati jika pemegangan orang mati itu kekal didaftarkan atas nama orang yang mati itu.

(2)

Suatu unit yang dipegang oleh pemegang amanah, wasi atau pentadbir orang yang mati berkenaan dengan suatu amanah tertentu boleh, dengan persetujuan penyedia skim persaraan swasta, ditandakan dalam daftar itu dengan cara yang membolehkan unit itu dikenal pasti sebagai dipegang berkenaan dengan amanah itu.

(3)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan ini, notis mengenai apa-apa amanah yang nyata, tersirat atau konstruktif tidak boleh dimasukkan ke dalam suatu daftar, dan tiada tanggungan boleh terjejas oleh apa-apa jua yang dilakukan menurut subperaturan (1) atau (2) atau mana-mana undang-undang di luar Malaysia yang sama dengan peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

P.U. (A) 77 26

Penggulungan suatu skim persaraan swasta

Section 24 — PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012