Malaysia legislation

Section 26

of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012

Seksyen 26

(1)

Seseorang pemegang amanah majikan yang diluluskan di bawah seksyen 139ZF Akta hendaklah mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang berikut:

(a)

pada setiap masa menjalankan kuasanya bagi maksud yang sepatutnya dan dengan suci hati untuk kepentingan yang terbaik bagi anggota secara keseluruhannya;

(b)

menjalankan tahap ketelitian dan ketekunan yang orang yang waras akan lakukan jika dia berada di kedudukan pemegang amanah majikan;

(c)

menjaga dan mengawal segala sekuriti, derivatif, harta dan asset suatu skim persaraan tajaan majikan dan memegangnya atas amanah untuk anggota mengikut peruntukan dan waad surat ikatan, peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan ini dan mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;

(d)

dalam menjalankan fungsinya dan pengurusan semua sekuriti, derivatif, harta dan aset suatu skim persaraan tajaan majikan di

P.U. (A) 77 27

bawah jagaan dan kawalannya, bertindak mengikut peruntukan dan waad surat ikatan, peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan ini dan mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya;

(e)

memastikan bahawa segala akaun dan rekod anggota dan transaksi berhubung dengan skim persaraan tajaan majikan itu adalah lengkap dan tepat;

(f)

melakukan segala-galanya dalam kuasanya bagi memastikan bahawa majikan meremedi mana-mana kemungkiran yang diketahui oleh pemegang amanah majikan terhadap peruntukan atau waad surat ikatan, apa-apa pelanggaran terhadap peruntukan

Akta, Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;

(g)

memberitahu Suruhanjaya secepat yang dapat dilaksanakan akan apa-apa ketidakteraturan, apa-apa kemungkiran terhadap peruntukan atau waad surat ikatan, apa-apa pelanggaran terhadap peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya; dan

(h)

menjalankan apa-apa kewajipan atau tanggungjawab lain sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

(2)

Seseorang pemegang amanah majikan yang melanggar subperaturan (1)

tidak melakukan suatu kesalahan.

P.U. (A) 77 28

Dibuat 16 Mac 2012

[SC/RS(A&R)/PENSION FUND.3/11(085-1B); PN(PU2)662/VI]

TAN SRI ZARINAH ANWAR

Pengerusi

Suruhanjaya Sekuriti

Diluluskan

DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

P.U. (A) 77 29

CAPITAL MARKETS AND SERVICES ACT 2007

CAPITAL MARKETS AND SERVICES (PRIVATE RETIREMENT SCHEME INDUSTRY)

REGULATIONS 2012

________________________

Section 26 — PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012