Skip to content
Back to the text

Peraturan-Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penyelesaian Pertikaian) (Pindaan) 2024 · s 11A

Suggest a correction

Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.

What is wrong?

The text as we hold it

Open the official text

s 11A“Komposisi lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan

(1)

Lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah terdiri daripada tidak kurang daripada tujuh orang anggota tetapi tidak lebih daripada sebelas orang anggota pada setiap masa, setara dengan jenis dan ruang lingkup pengendalian pertubuhan perbadanan diluluskan.

(2)

Pengerusi lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah dipilih oleh anggota lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan dalam kalangan mereka sendiri.

(3)

Pengerusi dan majoriti anggota lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah—

(a)

bukan dalam pekerjaan atau perkhidmatan yang aktif atau memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana anggota; dan

(b)

tidak mempunyai apa-apa kepentingan ketara dalam mana-mana anggota.