Skip to content
Back to the text

Peraturan-Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penyelesaian Pertikaian) (Pindaan) 2024 · s 17

Suggest a correction

Tell us what is wrong in this text. We check every suggestion against the official version before we change anything.

What is wrong?

The text as we hold it

Open the official text

s 17Jadual baharu 3

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual 2

jadual yang berikut:

“JADUAL 3

[Perenggan 3(1)(c) dan peraturan 11]

Kriteria layak dan sesuai

Dalam menilai kelayakan dan kesesuaian seseorang sebagai anggota lembaga pengarah pertubuhan perbadanan diluluskan, kriteria yang berikut hendaklah dipertimbangkan secara individu dan kolektif, dengan mengambil kira kepentingan relatif masing-masing:

s 1Kejujuran, integriti dan reputasi

(a)

sama ada orang itu sedang atau pernah tertakluk kepada apa-apa prosiding yang bersifat disiplin atau jenayah, atau telah diberitahu tentang apa-apa penyiasatan yang dijangka akan dibuat yang mungkin akan membawa kepada prosiding itu;

(b)

sama ada orang itu pernah melanggar mana-mana peruntukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang bertujuan untuk melindungi orang awam daripada kerugian kewangan yang disebabkan oleh ketidakjujuran, ketidakcekapan atau amalan salah;

(c)

sama ada orang itu pernah melanggar mana-mana kehendak, standard atau apa-apa arahan lain yang dikeluarkan oleh

Kerajaan, suatu pihak berkuasa pengawalseliaan atau badan profesional;

P.U. (A) 476 17

(d)

sama ada orang itu atau apa-apa perniagaan yang dia mempunyai kepentingan mengawal atau pengaruh yang ketara, pernah disiasat, tertakluk kepada apa-apa prosiding, didisiplinkan, digantung atau dicela oleh suatu pihak berkuasa pengawalseliaan, badan profesional, mahkamah atau tribunal, sama ada secara terbuka atau secara peribadi, termasuk permulaan apa-apa tindakan penguatkuasaan;

(e)

sama ada orang itu pernah terlibat dalam apa-apa amalan perniagaan yang memperdaya, menindas atau tidak wajar

(sama ada menyalahi undang-undang atau tidak), atau mencemarkan pelakuan profesionalnya;

(f)

sama ada orang itu pernah dibuang kerja, diminta untuk meletak jawatan atau telah meletak jawatan daripada pekerjaan atau daripada suatu jawatan beramanah, pelantikan fidusiari atau jawatan yang serupa disebabkan kejujuran dan integritinya dipersoalkan;

(g)

sama ada orang itu pernah dikaitkan, atas kapasiti pemunyaan atau pengurusan, dengan suatu syarikat, perkongsian atau persatuan perniagaan lain yang telah ditolak pendaftaran, kebenaran, keanggotaan atau lesen untuk menjalankan apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion, atau yang pendaftaran, kebenaran, keanggotaan atau lesen untuk menjalankan apa-apa perdagangan, perniagaan atau profesion telah dibatalkan, ditarik balik atau ditamatkan, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(h)

sama ada orang itu pernah memegang suatu jawatan yang dipertanggungjawabkan dengan pengurusan suatu perniagaan yang, semasa tempoh jawatannya, diletakkan di bawah penerimaan, insolvensi atau likuidasi tidak sukarela;

P.U. (A) 476 18

(i)

sama ada orang itu pernah menjadi pengarah atau terlibat secara langsung dalam pengurusan apa-apa perbadanan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, yang sedang atau telah digulung;

(j)

sama ada orang itu pernah menjadi pengarah atau terlibat secara langsung dalam pengurusan mana-mana entiti yang dilesenkan, didaftarkan atau diluluskan selainnya di bawah

Akta yang lesen, pendaftaran atau kelulusannya telah dibatalkan;

(k)

sama ada orang itu pernah bertindak secara tidak adil atau tidak jujur dalam urusannya dengan pelanggan, majikan, juruaudit atau pihak berkuasa pengawalseliaan;

(l)

sama ada orang itu pernah, pada bila-bila masa, menunjukkan bantahan keras atau keengganan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa pengawalseliaan yang menyebabkan berlakunya kegagalan atau kemungkinan berlakunya kegagalan untuk mematuhi kehendak atau standard undang-undang, pengawalseliaan atau profesional;

(m)

sama ada orang itu pernah menyumbang secara ketara kepada kegagalan suatu organisasi atau unit perniagaan;

(n)

sama ada orang itu pernah, pada bila-bila masa, menunjukkan bantahan keras atau tiada kesediaan untuk menyenggara sistem kawalan dalaman dan amalan pengurusan risiko yang berkesan;

(o)

sama ada orang itu pernah terlibat dalam apa-apa perkara yang boleh secara material menimbulkan percanggahan kepentingan atau mengganggu pelaksanaan

P.U. (A) 476 19

pertimbangannya apabila bertindak atas kapasiti seorang anggota lembaga pengarah;

(p)

sama ada orang itu pernah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, ketidakjujuran atau keganasan; dan

(q)

sama ada orang itu pernah terlibat, dikaitkan dengan atau bertindak dengan cara yang mungkin mendatangkan keraguan tentang kelayakan, kecekapan dan kewajaran pertimbangannya.

s 2Kecekapan dan kebolehan

(a)

sama ada orang itu mempunyai kelayakan, kecekapan, latihan, kemahiran, pengalaman praktikal dan komitmen yang sesuai untuk memenuhi peranan dan tanggungjawab jawatan itu dengan berkesan;

(b)

sama ada orang itu menitikberatkan amalan tadbir urus yang wajar, mempunyai pengalaman atau pengetahuan yang luas tentang produk dan perkhidmatan di pasaran modal, isu berkaitan dengan pelaburan termasuk perlindungan pelabur, dan berkebolehan untuk memberikan perspektif yang objektif tentang isu pelabur dan kepentingan awam;

(c)

sama ada orang itu mempunyai prestasi terdahulu, kepakaran atau kecekapan yang memuaskan dalam jenis perniagaan yang dijalankan;

(d)

sama ada orang itu mempunyai pengalaman dalam membuat keputusan strategik dan tadbir urus peringkat lembaga pengarah; dan

P.U. (A) 476 20

(e)

sama ada orang itu mempunyai latar belakang dalam, atau pemahaman tentang, undang-undang, kewangan, pelaburan, audit dan perakaunan, polisi Kerajaan dan polisi awam.

s 3Integriti kewangan

(a)

sama ada orang itu berupaya untuk memenuhi obligasi kewangannya, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, apabila obligasi itu menjadi kena dibayar;

(b)

sama ada orang itu pernah menjadi subjek hutang penghakiman yang belum ditunaikan, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, dan sama ada di dalam atau di luar

Malaysia; dan

(c)

sama ada orang itu telah diisytiharkan, dan belum dilepaskan sebagai, seorang bankrap.”.

Dibuat 30 Disember 2024

DATO’ MOHAMMAD FAIZ BIN AZMI

Pengerusi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Diluluskan 31 Disember 2024

DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN

Menteri Kewangan II

P.U. (A) 476 21

CAPITAL MARKETS AND SERVICES ACT 2007

CAPITAL MARKETS AND SERVICES (DISPUTE RESOLUTION) (AMENDMENT)

REGULATIONS 2024