Malaysia legislation
Section 10
of PERATURAN-PERATURAN PATEN (PIHAK BERKUASA DEPOSITARI KEBANGSAAN) 2022
Seksyen 10
(1)
Apabila status suatu Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan dibatalkan atau ditamatkan, mana-mana mikroorganisma yang didepositkan yang berdaya hidup, dan maklumat dan dokumen yang berhubungan dengan mikroorganisma yang didepositkan hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh pembatalan atau
P.U. (A) 221 9
penamatan itu, dipindahkan kepada Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan yang lain atau suatu Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa yang dipilih oleh Pihak Berkuasa
Depositari Kebangsaan yang statusnya itu telah dibatalkan atau ditamatkan.
(2)
Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan yang statusnya telah dibatalkan atau ditamatkan itu hendaklah mengeluarkan suatu pemberitahuan kepada pemohon atau mana-mana orang lain berkenaan dengan pemindahan yang disebut dalam subperaturan (1).
(3)
Apabila pemberitahuan di bawah subperaturan (2) diterima, pemohon atau mana-mana orang lain boleh, sebelum pemindahan yang disebut dalam subperaturan (1) dibuat, memohon kepada Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan yang statusnya itu telah dibatalkan atau ditamatkan untuk memindahkan mikroorganisma yang didepositkan yang berdaya hidup kepada Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan yang lain atau suatu Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa yang dipilih oleh pemohon atau mana-mana orang lain itu.
(4)
Pemindahan mikroorganisma yang didepositkan yang disebut dalam subperaturan (3) hendaklah tertakluk kepada fi sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 11.
Pendepositan mikroorganisma dengan Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan