Malaysia legislation

Section 13

of PERATURAN-PERATURAN PATEN (PIHAK BERKUASA DEPOSITARI KEBANGSAAN) 2022

Seksyen 13

(1)

Jika Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan tidak dapat memberikan suatu sampel mikroorganisma yang didepositkan atas sebab mikroorganisma yang didepositkan itu tidak lagi berdaya hidup, Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan hendaklah mengeluarkan suatu pemberitahuan kepada pemohon atau mana-mana orang lain bagi suatu pendepositan baharu.

(2)

Apabila pemberitahuan yang disebut dalam subperaturan (1) diterima, pemohon atau mana-mana orang lain itu hendaklah mendeposit suatu sampel baharu mikroorganisma yang didepositkan itu kepada Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan itu.

P.U. (A) 221 13

(3)

Jika Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan tidak dapat memberikan sampel mikroorganisma yang didepositkan yang tidak lagi berdaya hidup disebabkan oleh keadaan yang berikut:

(a)

Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan tidak lagi mempunyai status

Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan di bawah peraturan 8, perenggan 9(7)(c) atau subperaturan 9(8), mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(b)

pemberian sampel mikroorganisma yang didepositkan akan memerlukan sampel itu dihantar ke luar negara dan penghantaran sampel itu ke luar negara oleh Pihak Berkuasa Depositari

Kebangsaan adalah dihalang oleh sekatan eksport atau import,

Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan hendaklah mengeluarkan suatu pemberitahuan kepada pemohon atau mana-mana orang lain untuk mendepositkan suatu sampel baharu mikroorganisma yang didepositkan kepada Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan yang lain atau suatu Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa.

(4)

Apabila pemberitahuan dalam subperaturan (3) diterima, pemohon atau mana-mana orang lain hendaklah mendepositkan sampel baharu mikroorganisma yang didepositkan kepada Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan yang lain atau suatu

Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa.

(5)

Pendepositan baharu yang disebut dalam subperaturan (2) atau (4), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dibuat bersama dengan pernyataan yang ditandatangani oleh pemohon atau mana-mana orang lain yang menyatakan bahawa pendepositan baharu itu melibatkan jenis mikroorganisma yang sama sebagaimana yang didepositkan di bawah peraturan 11.

P.U. (A) 221 14

(6)

Pendepositan baharu yang disebut dalam subperaturan (2) atau (4), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dianggap seolah-seolah pendepositan itu telah dibuat pada tarikh pendepositan di bawah peraturan 11 telah dibuat jika—

(a)

semua pernyataan sebelumnya yang telah diberikan oleh pemohon atau mana-mana orang lain berkenaan dengan daya hidup mikroorganisma yang didepositkan di bawah peraturan 11

menunjukkan bahawa mikroorganisma yang didepositkan itu berdaya hidup; dan

(b)

pendepositan baharu itu dibuat oleh pemohon atau mana-mana orang lain—

(i)

dalam tempoh tiga bulan dari tarikh pemohon atau mana-mana orang lain menerima pemberitahuan di bawah subperaturan (1) atau (3), mengikut mana-mana yang berkenaan; atau

(ii)

dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penyiaran pembatalan atau penamatan status

Pihak

Berkuasa

Depositari

Kebangsaan di bawah peraturan 8, perenggan 9(7)(c) atau subperaturan 9(8), mengikut mana-mana yang berkenaan, jika pemohon atau mana-mana orang lain itu tidak menerima pemberitahuan di bawah subperaturan (3).

(7)

Walau apa pun subperaturan (2) dan (4), pemohon atau mana-mana orang lain tidak dikehendaki untuk membuat pendepositan baharu jika—

(a)

mikroorganisma itu telah didepositkan di bawah peraturan 11

kepada suatu Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan selain

Pihak

Berkuasa

Depositari

Kebangsaan yang dengannya mikroorganisma itu mula-mula didepositkan; dan

P.U. (A) 221 15

(b)

Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan selain Pihak Berkuasa

Depositari Kebangsaan yang dengannya mikroorganisma itu mula-mula didepositkan itu boleh memberikan sampel mikroorganisma yang didepositkan itu.

(8)

Pendepositan baharu yang dibuat di bawah subperaturan (2) atau (4), mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disertakan dengan—

(a)

suatu salinan resit pendepositan yang dibuat di bawah peraturan 11;

(b)

suatu salinan pernyataan terkini berkenaan dengan daya hidup mikroorganisma yang didepositkan yang menjadi subjek pendepositan yang dibuat di bawah peraturan 11 menunjukkan bahawa mikroorganisma yang didepositkan itu berdaya hidup;

(c)

suatu salinan perihalan saintifik terkini dan penetapan taksonomi yang dicadangan yang didepositkan kepada Pihak Berkuasa

Depositari Kebangsaan di bawah peraturan 11; dan

(d)

suatu pernyataan bertulis yang mengandungi tandatangan pemohon atau mana-mana orang lain dan mengandungi—

(i)

sebab untuk membuat pendepositan baharu itu;

(ii)

tarikh pemohon atau mana-mana orang lain menerima pemberitahuan daripada Pihak Berkuasa Depositari

Kebangsaan yang disebut dalam subperaturan (1)

atau (3), mengikut mana-mana yang berkenaan;

P.U. (A) 221 16

(iii)

petunjuk sifat-sifat mikroorganisma yang didepositkan adalah berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan atau alam sekitar, jika ada, yang dikemukakan di bawah peraturan 11;

dan

(iv)

suatu perakuan bahawa mikroorganisma yang didepositkan yang menjadi subjek pendepositan baharu ialah jenis mikroorganisma yang sama sebagaimana subjek pendepositan yang dibuat di bawah peraturan 11.

(9)

Walau apa pun subperaturan (8), jika suatu pendepositan baharu itu dibuat di bawah subperaturan (2), subperenggan (8)(d)(iii) tidak dikehendaki.