Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN PATEN (PIHAK BERKUASA DEPOSITARI KEBANGSAAN) 2022
Seksyen 11
(1)
Bagi maksud seksyen 26C Akta, pemohon atau mana-mana orang lain hendaklah mendeposit suatu mikroorganisma bersama dengan pernyataan bertulis yang mengandungi tandatangan pemohon atau mana-mana orang lain itu dengan
Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan.
(2)
Pernyataan bertulis yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
(a)
nama dan alamat pemohon atau mana-mana orang lain itu;
P.U. (A) 221 10
(b)
butir-butir bagi penanaman, penyimpanan dan pengujian daya hidup mikroorganisma itu;
(c)
rujukan pengenalan mikroorganisma itu;
(d)
petunjuk sifat-sifat mikroorganisma yang berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan atau alam sekitar, jika ada;
(e)
perihalan saintifik atau sebutan taksonomi yang dicadangkan bagi mikroorganisma itu;
(f)
dalam hal suatu campuran mikroorganisma, perihalan komponen campuran mikroorganisma itu dan sekurang-kurangnya satu kaedah bagi memeriksa kewujudan campuran mikroorganisma itu;
dan
(g)
suatu perakuan bahawa pemohon atau mana-mana orang lain itu tidak akan menarik balik mikroorganisma yang didepositkan daripada Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan 5(b).
(3)
Pendepositan mikroorganisma di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat bersama dengan pembayaran fi kepada Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan itu.
(4)
Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan boleh menghendaki pemohon atau mana-mana orang lain itu untuk—
(a)
mendepositkan mikroorganisma dalam bentuk dan kuantiti sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Depositari
Kebangsaan itu; dan
P.U. (A) 221 11
(b)
membuat kontrak berkenaan dengan liabiliti Pihak Berkuasa
Depositari Kebangsaan dan pemohon atau mana-mana orang lain.
(5)
Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan boleh menolak pendepositan suatu mikroorganisma jika mikroorganisma itu bukan jenis mikroorganisma yang diterima oleh Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan itu.
(6)
Jika mikroorganisma yang didepositkan sebelum tarikh Pihak Berkuasa
Depositari Kebangsaan itu memperoleh status Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan di bawah peraturan 6, Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan itu boleh, atas permintaan pemohon atau mana-mana orang lain, mempertimbangkan mikroorganisma yang didepositkan itu sebagai didepositkan bagi maksud Akta pada tarikh yang Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan memperoleh status Pihak Berkuasa
Depositari Kebangsaan dengan syarat semua kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan (1), (2) dan (3) dipatuhi.
Permintaan untuk sampel mikroorganisma