Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN PATEN (PIHAK BERKUASA DEPOSITARI KEBANGSAAN) 2022

Seksyen 12

(1)

Jika seseorang menghendaki suatu sampel mikroorganisma yang telah didepositkan di bawah peraturan 11, orang itu hendaklah membuat suatu permintaan bertulis kepada Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan untuk memberikan suatu sampel mikroorganisma yang didepositkan itu.

(2)

Jika permintaan yang disebut dalam subperaturan (1) dibuat oleh

Pejabat Pendaftaran Paten, permintaan itu hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a)

suatu permohonan paten yang melibatkan mikroorganisma yang didepositkan telah difailkan dengan Pejabat Pendaftaran Paten;

(b)

status permohonan paten itu; dan

(c)

permintaan sampel itu adalah bagi maksud tatacara paten.

P.U. (A) 221 12

(3)

Jika permintaan yang disebut dalam subperaturan (1) dibuat oleh pemohon atau mana-mana orang lain, permintaan itu hendaklah dibuat secara bertulis bersama dengan pembayaran fi kepada Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan.

(4)

Jika permintaan yang disebut dalam subperaturan (1) dibuat oleh seseorang yang diberi kuasa oleh pemohon atau mana-mana orang lain, permintaan itu hendaklah mengandungi perakuan pemberian kuasa itu bersama dengan pembayaran fi kepada Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan.

(5)

Jika permintaan yang disebut dalam subperaturan (1) dibuat oleh seseorang selain daripada orang yang dinyatakan dalam subperaturan (2), (3) dan (4), permintaan itu hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan bersama dengan—

(a)

suatu perakuan daripada Pejabat Pendaftaran Paten; dan

(b)

pembayaran fi kepada Pihak Berkuasa Depositari Kebangsaan.

Pendepositan baharu

Section 12 — PERATURAN-PERATURAN PATEN (PIHAK BERKUASA DEPOSITARI KEBANGSAAN) 2022