Malaysia legislation
Section 14
of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012
Seksyen 14
(1)
Apa-apa pengambilan ke dalam perkhidmatan awam hendaklah diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian bahasa Melayu.
P.U. (A) 1 16
(2)
Bagi maksud subperaturan (1), iklan itu hendaklah menyatakan, antara lain—
(a)
nama jawatan dan taraf pelantikan;
(b)
nama skim perkhidmatan;
(c)
butiran gaji;
(d)
kelayakan akademik dan kelayakan lain yang dikehendaki;
(e)
taraf kewarganegaraan pemohon;
(f)
tarikh tutup permohonan; dan
(g)
alamat ke mana permohonan patut dikirimkan.
(3)
Walau apa pun subperaturan (1), Suruhanjaya boleh menggunakan apa-apa cara lain yang difikirkannya sesuai untuk mengiklankan pengambilan.
Tatacara tapisan