Seksyen 12
Peminjaman pegawai
of Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012
(1)
Pegawai yang dilantik secara tetap boleh, dengan persetujuannya, persetujuan Ketua Jabatannya dan dengan kelulusan Suruhanjaya, dipinjamkan, tertakluk kepada apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang boleh ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, kepada mana-mana perkhidmatan awam
P.U. (A) 1 15
Negeri, pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa tempatan atau mana-mana organisasi, di dalam atau di luar Malaysia.
(2)
Suruhanjaya boleh mempertimbangkan seseorang pegawai perkhidmatan awam Negeri untuk dipinjamkan kepada perkhidmatan awam tertakluk kepada apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh
Yang di-Pertuan Agong.
(3)
Pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan boleh mempertimbangkan seseorang pegawai pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan untuk dipinjamkan kepada perkhidmatan awam, tertakluk kepada persetujuan pegawai berkenaan, pihak berkuasa berkanun atau pihak berkuasa tempatan yang berkenaan dan pihak yang kepadanya pegawai itu dipinjamkan dan apa-apa syarat serta bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak-pihak yang terlibat.