Malaysia legislation

Section 20

of PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (PELANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN) 2012

Seksyen 20

(1)

Tiap-tiap calon yang akan dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah mematuhi syarat pelantikan yang berikut:

(a)

calon itu hendaklah diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar; dan

(b)

calon itu hendaklah membuat suatu akuan berkanun di bawah

Akta Akuan Berkanun 1960 [Akta 13] bahawa dia―

(i)

tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;

(ii)

tidak pernah dibuang kerja;

(iii)

bukannya penagih dadah;

(iv)

tidak memiliki kewarganegaraan asing;

(v)

bukan seorang bankrap;

(vi)

tidak dibersarakan atas sebab kesihatan; dan

P.U. (A) 1 19

(vii)

tidak pernah ditamatkan perkhidmatan dari perkhidmatan awam.

(2)

Suruhanjaya boleh menentukan apa-apa akuan lain selain akuan yang ditetapkan dalam perenggan (1)(b), jika perlu.

(3)

Tiap-tiap calon hendaklah menandatangani Surat Aku Janji sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama bahawa dia akan mematuhi

Peraturan-Peraturan

Pegawai

Awam

(Kelakuan dan

Tatatertib)

1993

[P. U. (A) 395/1993], Perintah-Perintah Am, pekeliling, surat pekeliling, peraturan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong dari semasa ke semasa sepanjang perkhidmatannya dalam perkhidmatan awam.

(4)

Pegawai yang telah mematuhi syarat di subperaturan (1) boleh dikehendaki mematuhi syarat itu semula apabila dilantik ke dalam skim perkhidmatan yang lain.

(5)

Suruhanjaya boleh membatalkan tawaran pelantikan jika calon itu didapati tidak sihat setelah diperiksa mengikut perenggan (1)(a) atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang disebut dalam perenggan (1)(b)

dan subperaturan (3).

(6)

Bagi maksud subperaturan (5), mana-mana calon yang telah mula berkhidmat boleh dibayar apa-apa emolumen bagi tempoh perkhidmatannya sebelum tawaran perkhidmatannya dibatalkan.

(7)

Bagi maksud pelantikan calon di bawah subperaturan 6(2), syarat dalam subperenggan (1)(b)(iv) dan (vii) adalah tidak terpakai bagi calon itu.

(8)

Walau apa pun perenggan 1(a), Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai yang sedang berkhidmat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan atau

P.U. (A) 1 20

mengemukakan maklumat kesihatan yang disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar apabila Ketua Jabatan berpandangan terdapat keperluan perkhidmatan.

Tapisan keselamatan