Skip to content

Seksyen 19

Tawaran pelantikan oleh Suruhanjaya

of Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 20 of 65
Seksyen 19

(1)

Suruhanjaya hendaklah membuat tawaran pelantikan kepada calon yang berjaya sama ada secara terus atau melalui Ketua Perkhidmatan atau Ketua

Jabatan melalui apa-apa kaedah yang difikirkan sesuai oleh Suruhanjaya. Suruhanjaya juga hendaklah memaklumkan calon yang tidak berjaya.

P.U. (A) 1 18

(2)

Suruhanjaya boleh mengarahkan Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan untuk membuat tawaran pelantikan kepada calon yang berjaya bagi pihak Suruhanjaya, dan Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan yang telah diarahkan sedemikian hendaklah menghantarkan kepada Suruhanjaya satu salinan surat tawaran pelantikan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Perkhidmatan atau Ketua Jabatan itu.

(3)

Setiap surat tawaran pelantikan hendaklah menyatakan apa-apa maklumat perkhidmatan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.