Seksyen 10
Faedah dan caj sampingan
of Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2012
P.U. (A)In forceProvision 10 of 16
Seksyen 10
(1)
Tiada perubahan boleh dibuat ke atas kadar faedah yang telah ditetapkan selepas perjanjian jualan kredit ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
(2)
Caj sampingan yang dikenakan hendaklah munasabah dan diperincikan secara jelas kepada pembeli.
(3)
Apa-apa fi termasuklah fi dokumentasi tidak boleh dikenakan sekiranya permohonan kredit tidak diluluskan.