Skip to content

Seksyen 9

Perjanjian jualan kredit bagi dua atau lebih jenis barangan

of Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2012

P.U. (A)In forceProvision 9 of 16
Seksyen 9

(1)

Penjual atau pemberi kemudahan kredit dibenarkan untuk menyediakan lebih daripada satu perjanjian jualan kredit bagi pembelian yang lebih daripada satu barangan dalam satu transaksi yang sama.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), penjual atau pemberi kemudahan kredit hanya boleh mengenakan satu fi pemprosesan dokumen bagi semua perjanjian jualan kredit bagi pembelian yang dilakukan dalam satu transaksi.