Skip to content

Seksyen 7

Ketelusan maklumat

of Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Jualan Kredit) 2012

P.U. (A)In forceProvision 7 of 16
Seksyen 7

(1)

Sebelum sesuatu perjanjian jualan kredit ditandatangani, penjual atau pemberi kemudahan kredit hendaklah memaklumkan pembeli secara lisan dan bertulis dalam satu dokumen khusus semasa urusan penawaran jualan dibuat maklumat yang berikut:

(a)

harga jualan tunai barangan;

(b)

kadar faedah yang dikenakan;

(c)

tempoh ansuran;

(d)

amaun bayaran bulanan;

(e)

jumlah harga barangan termasuk faedah;

(f)

caj sampingan;

(g)

caj bayaran lewat dan formula pengiraannya;

P.U. (A) 89 7

(h)

jumlah harga barangan termasuk faedah dan caj sampingan;

(i)

formula pengiraan rebat;

(j)

sama ada pembelian barangan tertakluk kepada pemberian rebat jika barangan itu merupakan barangan promosi atau jika barangan lain ditawarkan sebagai hadiah bagi barangan yang dijual; dan

(k)

tarikh penghantaran barangan.

(2)

Maklumat yang dinyatakan dalam dokumen khusus yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dijadikan sebagai sebahagian daripada tiap-tiap perjanjian jualan kredit yang dibuat antara penjual atau pemberi kemudahan kredit dengan pembeli.