Skip to content

Seksyen 4

Pembetulan kesilapan dan pengakuterimaan

of Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012

P.U. (A)In forceProvision 4 of 5
Seksyen 4

(1)

Mana-mana orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian—

(a)

hendaklah menyediakan cara yang sesuai bagi membolehkan pembeli untuk membetulkan apa-apa kesilapan sebelum pengesahan pesanan yang dibuat oleh pembeli; dan

(b)

hendaklah mengaku terima pesanan kepada pembeli tanpa kelengahan tidak wajar.

(2)

Pesanan dan pengakuterimaan hendaklah disifatkan telah diterima oleh orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian dan pembeli, masing-masing, apabila orang itu atau pembeli boleh mencapai pesanan dan pengakuterimaan itu.