Malaysia legislation
Section 5
of PERATURAN-PERATURAN PEMAJUAN PERUMAHAN (AKAUN PEMAJUAN PERUMAHAN) (PINDAAN) 2015
Seksyen 5
Pindaan peraturan 4A
(a)
dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “dua puluh satu hari bekerja” dengan perkataan “tiga puluh hari”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:
“(3)
Apa-apa pembayaran berhubung dengan jumlah penebusan di bawah Jadual G dan H, hendaklah dibayar secara terus kepada bank dan/atau institusi kewangan (pembiaya titian) dan bank/dan atau institusi kewangan itu hendaklah mengeluarkan suatu penyata kepada pemaju perumahan berlesen dan pembeli bahawa pembayaran itu telah dibuat.”.
Pindaan peraturan 7 6.
Peraturan 7 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam perenggan (b) dan subperenggan (c)(ii), dengan menggantikan perkataan “pinjaman” dengan perkataan “kemudahan kewangan”;
(b)
dalam subperenggan (d)(i), dengan memasukkan selepas perkataan
“premium insurans” perkataan “atau caruman takaful”; dan
(c)
dalam subperenggan (d)(ii), dengan menggantikan perkataan “dan fi perunding” dengan perkataan “, fi juruukur tanah dan lain-lain bayaran perunding”.
P.U. (A) 104 4
Pindaan peraturan 8 7.
Peraturan 8 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam perenggan (2)(a) dan (b), dengan menggantikan perkataan “cek yang disuruh bayar” dengan perkataan “apa-apa kaedah pembayaran selain daripada kaedah tunai”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:
“(4)
Bagi tiap-tiap tuntutan yang dibuat oleh pemaju perumahan berlesen di bawah peraturan ini daripada Akaun
Pemajuan Perumahan, satu salinan penyata bank hendaklah dikemukakan kepada Pengawal sebelum akhir bulan yang berikutnya.”.
Pindaan peraturan 9 8.
Peraturan 9 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “perakuan layak menduduki” perkataan “atau perakuan siap dan pematuhan, mengikut mana-mana yang berkenaan,”.
Pindaan peraturan 11 9.
Peraturan 11 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan “siap”
perkataan “dengan perakuan siap dan pematuhan”;
(b)
dengan memotong perkataan “dan” di akhir perenggan (a);
(c)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan noktah dengan perkataan
“; dan”; dan
P.U. (A) 104 5
(d)
dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:
“(c)
tempoh liabiliti kecacatan telah luput.”.
Pindaan peraturan 11A