Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (KESELAMATAN SEMASA PENJELAJAHAN DAN PERLOMBONGAN PERMUKAAN) 2014

Seksyen 10

(1)

Pemegang lesen tidak boleh menyebabkan―

(a)

apa-apa sentuhan antara bahan lebur dengan permukaan lembap, berkarat atau sejuk, air atau bahan lain jika sentuhan tersebut boleh menyebabkan letupan; dan

(b)

apa-apa tumpahan bahan lebur daripada centong, pot sanga atau bekas yang serupa yang boleh membahayakan mana-mana orang.

(2)

Jika centong, pot sanga atau bekas yang serupa yang digunakan untuk mengendalikan bahan lebur didapati rosak atau dicemari oleh suatu bahan yang boleh menyebabkan letupan, centong, pot sanga atau bekas yang serupa itu tidak boleh digunakan.

Kewajipan tentang keselamatan dalam kawasan korekan

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (KESELAMATAN SEMASA PENJELAJAHAN DAN PERLOMBONGAN PERMUKAAN) 2014