Skip to content

Seksyen 7

Kewajipan tentang keselamatan semasa kerja sebelum penjelajahan

of Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Keselamatan Semasa Penjelajahan dan Perlombongan Permukaan) 2014

P.U. (A)In forceProvision 7 of 12
Seksyen 7

(1)

Pemegang lesen hendaklah, sebelum permulaan apa-apa kerja bukaan, lelubang atau pemaritan, mengemukakan suatu pelan kepada Penolong Pengarah yang menunjukkan tempat kerja yang dicadangkan.

(2)

Pemegang lesen hendaklah memastikan sebelum permulaan apa-apa kerja di bawah subperaturan (1)―

(a)

adit atau syaf dipagari dengan selamat; dan

(b)

cerun atau dinding distabilkan.

Kewajipan tentang keselamatan apabila kerja penjelajahan selesai