Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Pemegang lesen hendaklah memastikan bahawa—
(a)
setiap kapal korek dilengkapi dengan alat-alat yang berikut:
(i)
bilangan boya keselamatan dan pencangkuk bot yang mencukupi, yang hendaklah diletakkan di tempat yang sewajarnya;
15
(ii)
tali keselamatan dipasang di sekeliling kapal korek pada ketinggian yang sesuai;
(iii)
bilangan bot penumpang yang mencukupi untuk membawa semua orang yang berada dalam kapal korek dalam kes pemindahan;
(iv)
jaket keselamatan bagi setiap orang dalam kapal korek; dan
(v)
notis yang menunjukkan tempat semua jaket keselamatan, alat pertolongan cemas dan menyelamatkan nyawa;
(b)
notis amaran dilekatkan di tempat yang mudah dilihat untuk memberikan orang amaran tentang bahaya daripada tali haluan dan sisi terutamanya jika tali haluan atau sisi merentasi laluan atau jalan besar;
(c)
hanya orang yang diberi kuasa oleh orang yang bertanggungjawab bagi kapal korek dibenarkan untuk bekerja di kawasan atau dalam zon bahaya tali haluan dan sisi semasa kapal korek sedang beroperasi;
(d)
pekerja tidak boleh—
(i)
bekerja di hujung lelantai kapal korek melainkan jika dia menggunakan perkakas keselamatan atau jaket keselamatan;
(ii)
memijak atau menaiki apa-apa timba, rantai atau penapis berputar semasa ia sedang bergerak; atau
(iii)
melintasi telaga kapal korek semasa timba sedang bergerak kecuali dengan menggunakan laluan yang disediakan bagi maksud tersebut;
(e)
orang yang bertanggungjawab bagi suatu kapal korek semasa tiap-tiap syif hendaklah memeriksa—
16
(i)
keadaan semua bahagian badan kapal;
(ii)
basi bidang;
(iii)
alat amaran keselamatan; dan
(iv)
keadaan boya keselamatan, pencangkuk bot dan tali keselamatan; dan
(f)
jika orang yang bertanggungjawab itu menemui apa-apa kerosakan pada mana-mana alat keselamatan atau apa-apa keadaan bahaya, dia hendaklah dengan segera membaiki kerosakan itu atau mengambil langkah-langkah pemulihan yang sewajarnya, dan semua pemeriksaan, pembaikan atau langkah pemulihan yang diambil, jika ada, hendaklah direkodkan dan disenggarakan.
Penalti am