Skip to content

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―

of Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Keselamatan Semasa Penjelajahan dan Perlombongan Permukaan) 2014

P.U. (A)In forceProvision 2 of 12
Seksyen 2

“kontraktor” ertinya seseorang yang bukannya pekerja di lombong yang dilantik oleh pemegang lesen, yang menjalankan kerja-kerja tertentu di lombong;

“lombong permukaan” ertinya suatu lombong selain lombong bawah tanah dan termasuklah lombong dedah, lombong lelubang terbuka, lombong tarah, lombong jalur, tempat pengorekan dan pensluisan tanah tetapi tidak termasuk pendulangan;

“pekerja” ertinya pekerja pemegang lesen tetapi tidak termasuk pekerja kontraktor;

“pelan pengurusan keselamatan” ertinya suatu pelan yang diluluskan di bawah peraturan 3;

4

“pemegang lesen” ertinya pemegang lesen mencari gali, lesen penjelajahan, lesen melombong tuan punya atau pajakan melombong, mengikut mana-mana yang berkenaan;

“penyelia” ertinya seseorang yang diambil kerja sebagai penyelia oleh pemegang lesen;

“tempat kerja” ertinya suatu kawasan di mana penjelajahan, perlombongan atau pemprosesan mineral dijalankan dalam suatu tenemen mineral.