Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (KESELAMATAN SEMASA PENJELAJAHAN DAN PERLOMBONGAN PERMUKAAN) 2014

Seksyen 4

(1)

Walau apa pun subperaturan 3(5), pemegang lesen boleh mengkaji semula pelan pengurusan keselamatan bila perlu atau apabila diminta oleh Penolong Pengarah.

7

(2)

Pemegang lesen hendaklah mengemukakan pelan pengurusan keselamatan yang dikaji semula itu kepada Penolong Pengarah untuk kelulusan.

(3)

Penolong Pengarah hendaklah dalam masa tiga puluh hari memutuskan sama ada untuk meluluskan pelan pengurusan keselamatan yang dikaji semula itu dan memberitahu secara bertulis tentang keputusannya.

(4)

Jika Penolong Pengarah menolak pelan pengurusan keselamatan yang dikaji semula itu, dia hendaklah memberitahu pemegang lesen tentang keputusannya.

(5)

Selepas diberitahu tentang keputusan itu, pemegang lesen boleh, dalam masa tiga puluh hari, mengemukakan suatu pelan pengurusan keselamatan yang dikaji semula yang telah dipinda untuk kelulusan Penolong Pengarah.

(6)

Mana-mana pemegang lesen yang terkilan dengan keputusan Penolong

Pengarah di bawah peraturan ini boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh diberitahu tentang penolakan itu, merayu secara bertulis kepada Pengarah yang keputusannya adalah muktamad.

(7)

Mana-mana pemegang lesen yang tidak mengemukakan pelan pengurusan keselamatan yang dikaji semula atau tidak mematuhi pelan pengurusan keselamatan yang dikaji semula melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

8

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (KESELAMATAN SEMASA PENJELAJAHAN DAN PERLOMBONGAN PERMUKAAN) 2014