Skip to content

Seksyen 2

Tafsiran

of Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Pelesenan) 2016

P.U. (A)In forceProvision 2 of 24
Seksyen 2

(1)

Dalam Peraturan-Peraturan ini―

“pengurus premis” ertinya pengurus yang dilantik di bawah peraturan 18;

“perunding” ertinya seorang jurutera perlombongan atau sumber mineral profesional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia;

“premis”

ertinya mana-mana premis penyimpanan mineral atau premis pemprosesan mineral yang terletak di luar kawasan tenemen mineral.

(2)

Dalam Peraturan-Peraturan ini, apa-apa sebutan mengenai mineral termasuklah sebutan mengenai bijih mineral.