Seksyen 5
Larangan memperoleh mineral daripada sumber yang tidak sah
of Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Pelesenan) 2016
P.U. (A)In forceProvision 5 of 24
Seksyen 5
(1)
Tiada seorang pun boleh memiliki, membeli, menjual, menyimpan, memproses atau mengangkut apa-apa mineral yang diperoleh daripada mana-mana sumber kecuali daripada pemegang lesen mineral yang sah, pemegang lesen memproses mineral yang sah, pemegang tenemen mineral yang sah atau pengimport mineral yang sah.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
P.U. (A) 337 7