Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Skim pemprosesan mineral yang disebut dalam Peraturan-Peraturan ini ialah suatu skim pemprosesan mineral yang diperakukan oleh seorang perunding yang mengandungi―
(a)
butir-butir pemohon;
(b)
kelulusan pihak berkuasa berkaitan untuk menggunakan tanah bagi maksud aktiviti pemprosesan mineral;
P.U. (A) 337 5
(c)
apa-apa dokumen yang membuktikan hak untuk menggunakan tanah bagi maksud aktiviti pemprosesan mineral;
(d)
suatu pelan susun atur premis pemprosesan mineral yang mengandungi maklumat berkaitan termasuk kawasan pemprosesan, penyimpanan stok, pembendungan hampas dan alur limpah efluen;
(e)
perincian kawasan dalam lingkungan tiga kilometer radius dari premis pemprosesan mineral termasuk semua kepentingan orang awam di kawasan itu;
(f)
kaedah pemprosesan mineral yang dicadangkan dan peralatan yang akan digunakan;
(g)
maklumat berhubung dengan kapasiti pengeluaran bulanan premis pemprosesan mineral;
(h)
maklumat berhubung dengan kaedah penyimpanan dan pengendalian bahan berbahaya, jika berkenaan;
(i)
maklumat berhubung dengan pengendalian sisa pepejal, pembuangan efluen atau pelepasan gas;
(j)
maklumat berhubung dengan langkah-langkah perlindungan alam sekeliling termasuk maklumat berhubung dengan kawalan dan mitigasi pencemaran, rancangan pemantauan dan rancangan luar jangkaan, jika berkenaan;
(k)
suatu rancangan selepas pemberhentian aktiviti pemprosesan mineral;
dan
(l)
suatu rancangan pengurusan keselamatan yang mengandungi butir-butir yang berikut:
P.U. (A) 337 6
(i)
pengenalpastian kawasan, bahan dan aktiviti yang berbahaya, dan penilaian tahap risiko yang berbangkit daripada aktiviti yang berbahaya itu;
(ii)
langkah-langkah untuk mengawal risiko yang disebut dalam subperenggan (i);
(iii)
suatu program latihan keselamatan; dan
(iv)
suatu tatacara tindak balas keselamatan yang termasuklah―
(A)
langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan kestabilan longgokan buangan dan pembendungan hampas;
(B)
penyediaan kemudahan, kelengkapan dan sistem amaran keselamatan yang bersesuaian; dan
(C)
cara memaklumkan pihak berkuasa berkaitan jika berlaku apa-apa kecemasan.
Larangan memperoleh mineral daripada sumber yang tidak sah