Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Tertakluk kepada hak pemegang mana-mana tenemen mineral yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, tiada seorang pun boleh—
(a)
memiliki, membeli, menjual atau menyimpan mana-mana mineral melainkan jika orang itu memegang suatu lesen mineral;
(b)
menjalankan apa-apa aktiviti pemprosesan mineral melainkan jika orang itu memegang suatu lesen memproses mineral; atau
(c)
mengangkut apa-apa mineral melainkan jika orang itu memegang suatu lesen mengangkut mineral.
(2)
Perenggan (1)(a) tidak terpakai jika seseorang telah diberikan lesen memproses mineral yang disebut dalam perenggan (1)(b).
(3)
Perenggan (1)(c) tidak terpakai bagi mana-mana orang yang memegang dokumen penggerakan mineral di bawah mana-mana undang-undang perlombongan yang berkuat kuasa.
(4)
Mana-mana orang yang yang melanggar perenggan (1)(a) atau (b)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar perenggan (1)(c) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Permohonan bagi lesen