Malaysia legislation

Section 14

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELETUPAN) 2013

Seksyen 14

Kewajipan tentang keselamatan selepas operasi peletupan selesai

(1)

Pemegang lesen hendaklah mengambil segala tindakan perlu untuk memastikan bahawa pembedil hendaklah

(a)

selepas suatu peletupan, memeriksa kawasan peletupan jika terdapat apa-apa tanda salah cetusan dan memastikan bahawa adalah selamat untuk kerja dimulakan semula;

(b)

selepas suatu cas bahan letupan dibedil, memastikan tiada seorang pun memasuki kawasan bahaya sehingga tamat masa yang berikut:

(i)

tiga puluh minit selepas ledakan terakhir dijangka apabila menggunakan sistem inisiasi fius keselamatan; atau

(ii)

sepuluh minit selepas peletupan apabila menggunakan sistem inisiasi yang lain.

(c)

walau apa pun subperenggan (b), memastikan tiada seorang pun memasuki kawasan bahaya sehingga pembedil memberikan kebenaran; dan

(d)

jika sistem inisiasi elektrik digunakan, dengan segera selepas bedilan, memberhentikan kabel bedilan daripada peledak atau suis peletupan dan memiraukan atau melitarpintaskan kabel bedilan itu.

(2)

Pemegang lesen hendaklah mengambil segala tindakan perlu untuk memastikan bahawa pembedil sekiranya berlaku salah cetus hendaklah—

(a)

memaklumkan pemegang lesen;

18

(b)

menentukan sebab salah cetus dan menilai apa-apa mudarat yang mungkin terjadi;

(c)

menentukan dan menyekat kawasan salah cetus daripada dimasuki oleh mana-mana orang kecuali yang diperlukan untuk menguruskan mudarat salah cetus itu;

(d)

memastikan bahawa salah cetus itu diuruskan sewajarnya menurut pelan pengurusan peletupan; dan

(e)

merekodkan semua kejadian dan sebab salah cetus serta tindakan pembetulan yang diambil.

Section 14 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN MINERAL (PELETUPAN) 2013