Seksyen 12
of Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Peletupan) 2013
Seksyen 12
Pemegang lesen hendaklah mengambil segala tindakan perlu untuk memastikan bahawa pembedil hendaklah mematuhi butir-butir yang berikut:
(a)
sebelum suatu penggerudian bermula, pembedil hendaklah—
(i)
memeriksa kawasan dan muka yang hendak diletupkan;
(ii)
mereka bentuk susun atur lubang-lubang letupan; dan
(iii)
mengarahkan penggerudi untuk menggerudi lubang-lubang letupan mengikut susun atur reka bentuk lubang-lubang letupan.
(b)
penyebuan dijalankan oleh pembedil atau mana-mana orang di bawah penyeliaan langsungnya;
(c)
bahan letupan dan peledak hendaklah disimpan dan dikendalikan secara berasingan sehingga detik terakhir yang praktik sebelum penyebuan;
(d)
mana-mana bahan letupan yang telah disebu hendaklah dimasukkan dengan serta-merta ke dalam lubang letupan;
(e)
pengecasan bahan letupan dalam lubang letupan hendaklah dijalankan oleh pembedil atau mana-mana orang di bawah penyeliaan langsungnya;
16
(f)
mana-mana lubang letupan yang telah dicas yang tidak dibedil di penghujung hari bekerja hendaklah ditandakan dengan jelas dengan petunjuk yang sesuai dan kawasan peletupan hendaklah dilindungi daripada apa-apa kemasukan yang tidak dibenarkan sehinggalah lubang letupan itu diletupkan;
(g)
apa-apa kerja selain yang berkaitan dengan operasi peletupan tidak boleh dilaksanakan dalam kawasan peletupan;
(h)
merokok atau api yang terdedah tidak dibenarkan dalam kawasan peletupan; dan
(i)
sebelum bahan letupan yang telah dicas dibedil, pembedil hendaklah menentukan had apa-apa kawasan bahaya dan hendaklah memastikan bahawa—
(i)
sambungan sistem inisiasi adalah teratur;
(ii)
amaran boleh dengar dan visual yang mencukupi diberikan kepada semua orang di dalam atau berhampiran dengan kawasan bahaya;
(iii)
semua akses kepada kawasan bahaya dikawal atau disekat bagi menghalang kemasukan yang tidak dibenarkan; dan
(iv)
semua aktiviti dalam kawasan bahaya dihentikan dan semua orang dalam kawasan sekitar adalah di luar kawasan bahaya atau dipindahkan ke suatu tempat yang selamat.