Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(1)
Mana-mana orang boleh memohon bagi peperiksaan pembedil jika—
(a)
dia telah mencapai umur lapan belas tahun; dan
(b)
dia adalah secara fizikalnya berupaya untuk menjalankan dengan selamat tugas-tugas seorang pembedil.
(2)
Permohonan bagi peperiksaan pembedil hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Pengarah dan disertakan dengan fi sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual.
(3)
Ketua
Pengarah boleh, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu, menghendaki supaya pemohon memberikan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan dalam masa yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.
(4)
Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subperaturan (3) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan atau apa-apa masa lanjutan yang diberikan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tetapi tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.