Seksyen 21
Pembaharuan perakuan
of Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Peletupan) 2013
P.U. (A)In forceProvision 21 of 31
Seksyen 21
(1)
Seorang pembedil yang berhasrat untuk membaharui perakuannya hendaklah membuat permohonan kepada Ketua Pengarah sebelum habis tempoh perakuannya.
(2)
Ketua Pengarah bolehlah, setelah menimbangkan permohonan di bawah subperaturan (1) dan atas syor Panel, meluluskan atau menolak permohonan itu.
(3)
Jika Ketua Pengarah meluluskan permohonan untuk membaharui perakuan itu, pembedil hendaklah membayar fi sebagaimana yang dinyatakan dalam
Jadual.