Seksyen 25
Rayuan
of Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Peletupan) 2013
P.U. (A)In forceProvision 25 of 31
Seksyen 25
(1)
Mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan di bawah peraturan 19, 20, 21, 22 dan 23 boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh dia diberitahu tentang penolakan, penggantungan atau pembatalan itu, merayu secara bertulis kepada Menteri.
(2)
Menteri boleh, setelah menimbangkan suatu rayuan yang dibuat di bawah subperaturan (1), mengesahkan atau mengetepikan keputusan yang dirayu, dan keputusan Menteri adalah muktamad.