Seksyen 22
Penggantungan perakuan
of Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Peletupan) 2013
P.U. (A)In forceProvision 22 of 31
Seksyen 22
(1)
Ketua Pengarah hendaklah, atas syor Panel, menggantung suatu perakuan jika pembedil—
(a)
melanggar terma dan syarat yang dinyatakan dalam perakuan; atau 22
(b)
tidak mematuhi pelan pengurusan peletupan atau mana-mana peruntukan dalam Peraturan-Peraturan ini.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah memaklumkan pembedil itu secara bertulis dengan seberapa segera mengenai penggantungan itu bersama dengan alasan penggantungan yang memasukkan tempoh spesifik penggantungan itu.