Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Pemegang lesen hendaklah mengambil segala tindakan perlu untuk memastikan bahawa pembedil hendaklah mematuhi butir-butir yang berikut:
(a)
bagi maksud mencetus litar elektrik, hanya peledak atau suis peletupan yang diluluskan oleh Ketua Pengarah boleh digunakan;
(b)
suatu meter ohm peletupan atau peledak hendaklah ditentukur tiap-tiap enam bulan;
(c)
mengambil langkah berjaga-jaga yang wajar bagi mengelakkan peledakan tidak sengaja peledak elektrik daripada elektrik statik dan arus lilau atau berlebihan yang disebabkan oleh radar, pemancar radio, kilat, talian kuasa berhampiran, cuaca atau sumber lain;
(d)
apabila menyebu bahan letupan, wayar kaki suatu peledak elektrik hendaklah dipirau atau dilintar pintas; dan
(e)
sebelum membedil, memastikan yang litar peletupan elektrik diuji dengan meter ohm peletupan bagi kesinambungan dan rintangan.
Kewajipan tentang inisiasi kod peledak dan tiub kejutan