Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN (JAWATANKUASA PERTIKAIAN SUKAN) 2022

Seksyen 10

(1)

Tertakluk kepada peraturan 11, Jawatankuasa hendaklah membuat keputusan berdasarkan keputusan majoriti pada tarikh pendengaran rujukan pertikaian itu selesai.

(2)

Jika Jawatankuasa tidak dapat membuat keputusan majoriti, Pengerusi hendaklah berhak untuk membuat undi pemutus.

(3)

Jawatankuasa hendaklah membuat keputusan dan alasan keputusan secara bertulis.

(4)

Jika rujukan pertikaian diselesaikan melalui perjanjian penyelesaian atau persetujuan, Jawatankuasa hendaklah membuat keputusan secara bertulis tanpa alasan keputusan.

(5)

Setiausaha hendaklah menyampaikan keputusan Jawatankuasa di bawah peraturan ini kepada semua pihak dalam rujukan pertikaian mengikut cara yang ditentukan oleh Setiausaha dan merekodkan keputusan itu dalam daftar.

Penangguhan keputusan

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN (JAWATANKUASA PERTIKAIAN SUKAN) 2022