Seksyen 8
Ketidakhadiran mana-mana orang
of Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Jawatankuasa Pertikaian Sukan) 2022
P.U. (A)In forceProvision 8 of 13
Seksyen 8
(1)
Jika mana-mana orang, setelah menerima notis pendengaran di bawah subperaturan 5(3), tidak dapat hadir pada pendengaran rujukan pertikaian melainkan dalam hal kecemasan, orang yang terlibat dalam rujukan pertikaian itu hendaklah, sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh pendengaran itu, memberikan notis bertulis menyatakan sebab ketidakhadirannya kepada Jawatankuasa.
P.U. (A) 54 7
(2)
Setelah notis di bawah subperaturan (1) diterima, Jawatankuasa boleh menangguhkan atau meneruskan pendengaran itu jika difikirkan perlu atau patut.