Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUKAN (JAWATANKUASA PERTIKAIAN SUKAN) 2022
Seksyen 3
Permohonan rujukan pertikaian
(1)
Rujukan pertikaian hendaklah dibuat oleh pemohon kepada Jawatankuasa dengan mengemukakan permohonan rujukan pertikaian kepada Setiausaha mengikut bentuk dan cara yang ditentukan oleh Pengerusi.
(2)
Apabila permohonan diterima di bawah subperaturan
(1)
,
Setiausaha hendaklah mendaftarkan permohonan itu dalam daftar.
(3)
Setiausaha hendaklah mengeluarkan suatu notis kepada semua pihak dalam permohonan di bawah subperaturan (1) untuk mengemukakan semua dokumen yang berkaitan, jika ada, dalam masa yang ditetapkan dalam notis itu.
Penarikan balik rujukan pertikaian