Skip to content

Seksyen 4

Penarikan balik rujukan pertikaian

of Peraturan-Peraturan Pembangunan Sukan (Jawatankuasa Pertikaian Sukan) 2022

P.U. (A)In forceProvision 4 of 13
Seksyen 4

(1)

Rujukan pertikaian yang dibuat di bawah subperaturan 3(1) boleh ditarik balik oleh pemohon dengan memberikan suatu notis bertulis penarikan balik kepada Setiausaha.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), rujukan pertikaian boleh ditarik balik secara lisan semasa pendengaran di hadapan Jawatankuasa dan Pengerusi hendaklah merekodkan dan memaklumkan penarikan balik itu kepada Setiausaha.

(3)

Setiausaha hendaklah merekodkan penarikan balik rujukan pertikaian di bawah subperaturan (1) dan (2) dalam daftar.