Malaysia legislation
Section 12
Seksyen 12
Peraturan baharu 14A
peraturan yang berikut:
“Pembatalan pendaftaran majikan 14A.
(1)
Jika bilangan pekerja seseorang majikan yang baginya Akta ini terpakai menjadi kurang daripada sepuluh orang selama tiga bulan berturut-turut sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 16(2) Akta, majikan itu boleh pada bila-bila masa mengemukakan permohonan kepada
Perbadanan bagi pembatalan pendaftaran dalam Borang 4A Jadual bersama dengan apa-apa dokumen yang berkaitan sebagai bukti keberkurangan itu.
(2)
Apabila Borang 4A dikemukakan kepada Perbadanan di bawah subperaturan (1), majikan itu hendaklah membuat bayaran levi, tunggakan levi dan faedah, jika ada, kepada Perbadanan.
(3)
Perbadanan tidak boleh membatalkan pendaftaran mana-mana majikan yang telah mengemukakan Borang 4A di bawah subperaturan (1) tetapi tidak membuat pembayaran di bawah subperaturan (2) kepada Perbadanan.”.
Pindaan peraturan 15