Skip to content

Seksyen 12

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 14

of Peraturan-Peraturan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Pendaftaran Majikan dan Pembayaran Levi) (Pindaan) 2017

P.U. (A)In forceProvision 12 of 15
Seksyen 12

peraturan yang berikut:

“Pembatalan pendaftaran majikan 14A.

(1)

Jika bilangan pekerja seseorang majikan yang baginya Akta ini terpakai menjadi kurang daripada sepuluh orang selama tiga bulan berturut-turut sebagaimana yang dinyatakan dalam subseksyen 16(2) Akta, majikan itu boleh pada bila-bila masa mengemukakan permohonan kepada

Perbadanan bagi pembatalan pendaftaran dalam Borang 4A Jadual bersama dengan apa-apa dokumen yang berkaitan sebagai bukti keberkurangan itu.

(2)

Apabila Borang 4A dikemukakan kepada Perbadanan di bawah subperaturan (1), majikan itu hendaklah membuat bayaran levi, tunggakan levi dan faedah, jika ada, kepada Perbadanan.

(3)

Perbadanan tidak boleh membatalkan pendaftaran mana-mana majikan yang telah mengemukakan Borang 4A di bawah subperaturan (1) tetapi tidak membuat pembayaran di bawah subperaturan (2) kepada Perbadanan.”.

Pindaan peraturan 15