Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PENDAFTARAN MAJIKAN DAN PEMBAYARAN LEVI) (PINDAAN) 2017

Seksyen 9

“Levi, tunggakan levi dan faedah hendaklah dibayar di bank yang diluluskan

(1)

Bagi maksud membuat pembayaran levi, tunggakan levi dan faedah kepada Perbadanan, jika ada, majikan hendaklah—

(a)

menggunakan sistem perkhidmatan dalam talian yang disediakan dalam laman web rasmi Perbadanan;

(b)

memasukkan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh sistem perkhidmatan dalam talian bagi membolehkan sistem perkhidmatan dalam talian itu menjana jumlah bayaran levi, tunggakan levi atau faedah yang kena dibayar; dan

(c)

memilih kaedah pembayaran—

(i)

dalam bentuk cek, cek bank, draf bank, kiriman wang, wang pos atau tunai; atau

(ii)

dengan cara perbankan internet.

(2)

Jika kaedah pembayaran yang dinyatakan dalam subperenggan (1)(c)(i) dipilih, majikan hendaklah meremitkan bayaran dalam bentuk cek, cek bank, draf bank, kiriman wang, wang pos atau tunai bersama dengan Borang 2 Jadual di bank yang diluluskan.

(3)

Jika kaedah pembayaran yang dinyatakan dalam subperenggan

(1)

(c)

(ii) dipilih, majikan hendaklah membayar levi, tunggakan levi atau faedah melalui perbankan internet yang disediakan oleh bank yang diluluskan.”.

5

Penggantian peraturan 10 9.

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 10 dengan peraturan yang berikut:

“Bukti pembayaran

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA BERHAD (PENDAFTARAN MAJIKAN DAN PEMBAYARAN LEVI) (PINDAAN) 2017