Seksyen 27
Kesihatan dan keselamatan manusia atau alam sekitar
P.U. (A)In forceProvision 27 of 46
Seksyen 27
Jika Agensi mendapati bahawa permohonan di bawah peraturan 25 akan mempunyai kesan yang signifikan terhadap kesihatan dan keselamatan manusia atau alam sekitar, Agensi hendaklah—
(a)
mengubah suai lesen penyimpanan luar pesisir sebagaimana yang dianggap sesuai oleh Agensi dan memberitahu pengendali luar pesisir mengikut perenggan 26(1)(b); atau
(b)
memberitahu pengendali luar pesisir bahawa perubahan itu tidak boleh dilaksanakan.