Malaysia legislation

Section 28

of PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025

Seksyen 28

(a)

jika Agensi mendapat tahu mengenai—

(i)

apa-apa risiko kebocoran atau ketidakteraturan yang signifikan; atau

P.U. (A) 346 24

(ii)

apa-apa pelanggaran syarat lesen penyimpanan luar pesisir oleh pengendali luar pesisir; dan

(b)

dalam apa-apa hal keadaan, selepas lima tahun pengeluaran lesen penyimpanan luar pesisir itu dan setiap sepuluh tahun yang berikutnya.

(2)

Selepas selesai apa-apa kajian semula di bawah subperaturan (1), dan tertakluk kepada subperaturan 18(3), Agensi boleh jika disifatkan perlu bagi pengurusan kesihatan dan keselamatan manusia dan alam sekitar—

(a)

membuat apa-apa pengubahsuaian pada lesen penyimpanan luar pesisir jika pengubahsuaian itu adalah perlu mengikut dapatan saintifik terkini dan kemajuan teknologi; dan

(b)

menghendaki pengendali luar pesisir, secara bertulis, untuk menangguhkan suntikan karbon dioksida ke dalam kompleks penyimpanan mengikut tarikh yang dinyatakan dalam notis itu sehingga notis selanjutnya diberikan oleh Agensi bahawa suntikan itu boleh dimulakan semula.

(3)

Agensi hendaklah berunding dengan pengendali luar pesisir sebelum membuat apa-apa pengubahsuaian berhubung dengan perkara yang dinyatakan dalam perenggan (2)(a).

(4)

Berhubung dengan perenggan (2)(b), Agensi boleh mengenakan apa-apa syarat sebelum suntikan itu boleh dimulakan semula.

Pembatalan lesen penyimpanan luar pesisir

Section 28 — PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025