Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
Agensi hendaklah mengkaji semula lesen penyimpanan luar pesisir—
(a)
Agensi percaya bahawa apa-apa pengubahsuaian pada lesen penyimpanan luar pesisir itu tidak akan dapat menangani dan mengendalikan dengan secukupnya kesan atau kemungkinan kesan
P.U. (A) 346 25
perkara yang dinyatakan di bawah perenggan 28(1)(a) terhadap kesihatan dan keselamatan manusia dan alam sekitar;
(b)
seorang penerima, penerima dan pengurus, penyelesai sementara atau pegawai yang sepertinya telah dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian besar aset pengendali luar pesisir itu dan pelantikan sedemikian tidak dibatalkan atau diungkaikan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh pelantikan itu;
(c)
pengendali luar pesisir itu telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah Akta, Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana perundangan subsidiari lain yang dibuat menurut Akta; atau
(d)
pengendalian berterusan tapak penyimpanan menimbulkan risiko terhadap kesihatan awam, keselamatan, alam sekitar atau menjejaskan kepentingan awam.
(2)
Sebelum pembatalan lesen di bawah subperaturan (1), Agensi hendaklah memberikan pengendali luar pesisir itu—
(a)
notis bertulis mengenai niat Agensi untuk membatalkan lesen penyimpanan di luar pesisir itu; dan
(b)
peluang untuk membuat hujahan bertulis dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis bertulis itu yang tidak kurang daripada empat puluh lima hari.
(3)
Apabila habis tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, Agensi hendaklah, selepas menimbangkan apa-apa hujahan bertulis yang dibuat oleh pengendali luar pesisir itu, memutuskan sama ada untuk membatalkan lesen penyimpanan luar pesisir itu atau tidak.
P.U. (A) 346 26
(4)
Agensi hendaklah memberikan keputusan kepada pengendali luar pesisir di bawah subperaturan (3), secara notis bertulis, dengan secepat yang dapat dilaksanakan dan pengendali luar pesisir hendaklah, tanpa sebarang kelewatan yang tidak wajar, melaksanakan semua langkah pembetulan atau langkah pemulihan yang diperlukan ke atas tapak penyimpanan sebelum pembatalan lesen itu mula berkuat kuasa.
(5)
Pengendali luar pesisir itu tidak berhak kepada apa-apa bentuk pampasan, sama ada kewangan atau sebaliknya, daripada Kerajaan, Menteri, mana-mana anggota
Agensi, Pengerusi atau mana-mana pegawai diberi kuasa jika lesen penyimpanan luar pesisir itu dibatalkan mengikut subperaturan (3).
(6)
Pembatalan lesen penyimpanan luar pesisir di bawah subperaturan (3)
hendaklah berkuat kuasa—
(a)
pada tarikh yang dinyatakan oleh Agensi dalam notis bertulis yang diberikan di bawah subperaturan (4); atau
(b)
jika tiada tarikh dinyatakan dalam notis bertulis yang diberikan di bawah subperaturan (4), apabila tamatnya tiga puluh hari dari tarikh notis itu disampaikan kepada pengendali luar pesisir itu.
Akibat pembatalan lesen penyimpanan luar pesisir