Skip to content

Seksyen 6

Kawalan perhimpunan

of Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 2) 2020

P.U. (A)In forceProvision 6 of 11
Seksyen 6
(1)

Tiada seorang pun boleh berhimpun atau terlibat dalam mana-mana perhimpunan di dalam mana-mana premis di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan sama ada bagi maksud keagamaan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan.

(2)

Walau apa pun subperaturan (1), seseorang boleh berhimpun atau terlibat dalam suatu perhimpunan bagi maksud upacara pengebumian dengan syarat orang yang hadir ke upacara itu hendaklah dalam bilangan yang minimum.