Seksyen 3
Kawalan pergerakan
Tiada seorang pun boleh bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain kecuali bagi maksud di bawah subperaturan (2).
(2)
Seseorang boleh bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud yang berikut:
(a)
untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet;
(b)
untuk membekalkan atau menghantar makanan, keperluan harian, ubat atau penokok diet;
915
(c)
untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan;
(d)
untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi; atau
(e)
untuk melaksanakan apa-apa tugas berhubung dengan apa-apa perkhidmatan perlu.
(3)
Subperaturan (2) tidak terpakai jika suatu arahan dibuat di bawah perenggan 11(3)(b) Akta.