Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 4) 2020

Seksyen 3

Kawalan pergerakan

(2)

Tertakluk kepada peraturan 4, seseorang boleh bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan atau dari satu kawasan tempatan jangkitan ke suatu kawasan tempatan jangkitan yang lain bagi maksud yang berikut:

(a)

untuk membeli makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian;

(b)

untuk membekalkan atau menghantar makanan, ubat, penokok diet atau keperluan harian;

1683

(c)

untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan atau perubatan;

(d)

untuk membeli barang-barang atau memperoleh mana-mana perkhidmatan perlu, selain yang disebut dalam perenggan (a) dan (c), daripada mana-mana penyedia perkhidmatan perlu;

(e)

untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi; atau

(f)

untuk menyediakan mana-mana perkhidmatan perlu atau melaksanakan apa-apa tugas berhubung dengan mana-mana perkhidmatan perlu.

(3)

Subperaturan (2) tidak terpakai jika suatu arahan dibuat di bawah perenggan 11(3)(b) Akta.

Syarat-syarat bagi pergerakan

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (LANGKAH-LANGKAH DI DALAM KAWASAN TEMPATAN JANGKITAN) (NO. 4) 2020